Sunday 4 September 2016

SOS CILI PEKAT

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:
1. Cili Kering 1 kg.
2. Gula Pasir 4kg /5 kg.
3. Garam 350gm. .
4. Bawang putih dalam 200 gm .
5. Tepong Jagung yang diubahsuai / modified starch 400gm .
6. Cuka Tiruan dalam 1 kg.
7. Air 5 liter. masa mengisar gunakan satu liter dan semasa memasak tambah lagi 4 liter.
CARA-CARA:
1.  Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili  ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis . Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Semua biji Cili keluar dengan mudah. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali.
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.
3. Cairkan tepung kanji yang diubahsuai anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Periksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.

4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat.Sodium benzote ini sangat larut dalam air. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos .750 miligram Sodium Benzoat dicampur dengan setiap kilogram sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. 

No comments:

Post a Comment