Sunday 4 September 2016

SOS CILI SEJATI

CILI  3.5 KG
CILI PEDAS 1.5 KG
GULA 27.5 KG
GARAM SGA  3 KG
BAWANG PUTIH 1.4 KG
MCS 4.5 KG
CUKA ASLI 50 ML
AIR UTK MASAK 45 LITER
AIR UTK BANCUH MCS 7.5 LITER
GAM 60 G

SOS CILI PEKAT

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:
1. Cili Kering 1 kg.
2. Gula Pasir 4kg /5 kg.
3. Garam 350gm. .
4. Bawang putih dalam 200 gm .
5. Tepong Jagung yang diubahsuai / modified starch 400gm .
6. Cuka Tiruan dalam 1 kg.
7. Air 5 liter. masa mengisar gunakan satu liter dan semasa memasak tambah lagi 4 liter.
CARA-CARA:
1.  Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili  ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis . Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Semua biji Cili keluar dengan mudah. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali.
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.
3. Cairkan tepung kanji yang diubahsuai anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Periksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.

4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat.Sodium benzote ini sangat larut dalam air. Maka cairkan dulu serbuk ini dengan air biasa dan campurkan dalam cili sos .750 miligram Sodium Benzoat dicampur dengan setiap kilogram sos. Anda boleh perolehi 65 botol berat 330gm dari resepi ini. 

Saturday 3 September 2016

SOS CILI UDANG

http://sosciliudangk9.blogspot.my/2016/01/cara-cara-untuk-membuat-sos-udang-ikan.html

http://CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOS UDANG / IKAN

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOS UDANG / IKAN

Bahan – bahan
1)      Cili kering
2)      Udang kering (Sesar Unjur)
3)      Cuka
4)      Gula
5)      Air
6)      Garam

7)      Pemekat yang boleh digunakan

Cara-cara membuat sos

Cuci dan pastikan cili kering didalam keadaan bersih
    
Apabila cili kering tersebut sudah dibersihkan, masukkan ia ke dalam mesin untuk dimasak bagi melembutkan cili kering tersebut untuk memudahkan apabila dikisar.

Anggaran untuk merebus satu guni cili kering ini adalah selama 1 jam, bagi memastikan cili kering tersebut betul-betul lembut dan masak.

Seterusnya, apabila cili kering tersebut sudah lembut dan masak. Masukkan ia ke dalam mesin pengisar.

Apabila cili kering sudah di kisar, masukkan ia ke dalam mesin yang di peringkat permulaan tadi untuk dimasak.

Tambahkan gula dan garam ke dalam cili yang sedang dimasak itu. Apabila gula dan garam telah larut masukkan pemekat yang boleh digunakan bagi memekatkan lagi sos tersebut.

Proses ini juga mengambil masa selama 1 jam bagi memastikan kesemua bahan betul-betul sebati.

Seterusnya, perlahankan api dan masukkan cuka secara berperingkat untuk mengelakkan ia daripada terlebih masam. Anggaran yang dijangka untuk pastikan ia betul-betul sebati adalah 1jam.

Akhir sekali, sos sudah siap dimasak, masukkan ia ke dalam mesin untuk dibotolkan dan disejukkan didalam suhu bilik.

  /2016/01/cara-cara-untuk-membuat-sos-udang-ikan.html